Mansuh PT3 tak jejas prestasi pelajar SPM

Pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tidak menjejaskan prestasi pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata mengikut keputusan SPM bagi kohort selepas pemansuhan sistem peperiksaan berkenaan, prestasi kekal baik, malah ada mata pelajaran menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Beliau menjawab soalan tambahan Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang ingin tahu prestasi pelajar selepas sistem peperiksaan termasuk UPSR dan PT3 dimansuhkan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #mansuhPT3 #SPM #KPM