SUAMI pelakon Elisya Sandha memfailkan tuntutan sebanyak RM808,260 terhadap personaliti media terkenal Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Januari lalu.<br /><br />Uzair Haqimy Azman, 29, mendakwa syarikat milik Wak Doyok iaitu WD Food Group Sdn Bhd melanggar perjanjian pembayaran sewa kenderaan daripada syarikatnya iaitu LXM Resources yang menyediakan perkhidmatan logistik.<br /><br />Pihak Wak Doyok selaku defendan didakwa melanggar dua perjanjian iaitu bertarikh 22 Disember 2023 dan 21 Jun 2024 bagi tempoh 24 bulan.
