Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<br /><br />Menurutnya, apabila diluluskan kelak, RUU itu akan memberi lebih autonomi kepada Parlimen dalam melaksanakan tugasnya, sekali gus memastikan sistem demokrasi negara lebih matang dan bebas daripada pengaruh luar.<br />
