Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, 70,229 jururawat yang berkhidmat di KKM terdiri daripada 69,114 lantikan tetap dan 821 lantikan kontrak interim.<br /><br />"Secara keseluruhan, pengisian jawatan jururawat di KKM telah mencapai 88 peratus," kata Lukanisman.<br /><br />Jelasnya, seramai 582 jururawat telah meletak jawatan pada tahun 2024 dengan pelbagai alasan.
