Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2024) 2025 membangkitkan persoalan mengenai ukuran kelayakan dan kaedah pelaksanaan subsidi petrol bersasar yang masih belum dimuktamadkan.<br /><br />Katanya, soal kelayakan subsidi penting supaya rakyat dapat menyusun belanjawan peribadi dan keluarga mereka.<br /><br />"Jika ketidaktentuan dasar penyasaran subsidi di pihak kerajaan ini masih berterusan Bachok bimbang bukan sahaja kerajaan perlukan bajet tambahan, rakyat juga," jelasnya.
