Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Dewan Rakyat setakat tahun ini, paras hutang negara berjumlah RM1.2 trilion atau lebih 64 peratus KDNK.<br /><br />Jelasnya selagi kerajaan mengamal perbelanjaan defisit, selagi itulah hutang akan terus meningkat.<br /><br />"Kerajaan terus komited mengurangkan defisit dengan unjuran 3.8 peratus pada tahun 2025, seterusnya ke arah mencapai komitmen Tanggungjawab Fiskal (FRA) serendah 3 peratus KDNK," katanya.