Enam negeri termiskin perlu berusaha memastikan jurang kemiskinan antara negeri lain dikecilkan dan tidak hanya mengharapkan peruntukan tinggi terus disalur kerajaan pusat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hakikatnya enam negeri iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sudah menerima peruntukan jauh lebih tinggi berbanding negeri lain sejak tahun 2021.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/715651/berita/nasional/enam-negeri-termiskin-perlu-usaha-kecilkan-jurang-kemiskinan

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #jurangkemiskinan #negeritermiskin