Langkah kerajaan untuk mengenakan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerja asing adalah, antara lainnya, untuk mempertahankan kepentingan pekerja tempatan.<br /><br />Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, ia juga bagi memastikan kerajaan mempunyai rekod daripada segi pendapatan dan juga jangkaan tempoh perkhidmatan kumpulan berkenaan di negara ini.<br />
