Surprise Me!

Mak Empal Buka Apa Hari Ini? - SIAKAP REBUS ALA STIM LEMON TERPALING PADU

2025-03-05 24 Dailymotion

Hari ini sudah masuk hari keempat kita berpuasa. Makin hari makin pening mak-mak nak fikir idea apa untuk berbuka petang ini. Jom kita sama-sama masak menu Siakap Rebus Ala Stim Lemon Terpaling Padu.
Menerusi video memasak kali ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini? sediakan menu paling ringkas, tak renyah dan cepat masak. Kalau tak ada pengukus jangan risau, rebus saja. Selamat mencuba!

Bahan -Bahan
1 ekor Ikan Siakap Saiz Sederhana
2 batang serai – dipotong kecil
halia
Daun limau perut – hiris kasar
4 ulas bawang putih -dikisar
6 tangkai cili padi – dikisar
Daun ketumbar
Akar ketumbar
Sos ikan
1 kiub pati ayam
2 biji lemon (diperah ambil air saja)
1 biji lemon (dipotong)

Cara Memasak :
1. Ikan yang telah disiang dibersihkan kemudian masukkan serai, halia, daun limau ke dalam ikan yang telah disiang.
2. Rebus air ke dalam kuali.
3. Kemudian bawang putih, cili padi, daun ketumbar, akar daun ketumbar.
4. Masukkan juga air lemon, sos ikan, serbuk perasa, daun limau,
5. Letak Ikan Siakap dan aturkan lemon yang dihiris ke atas ikan.
6. Tutup kuali biarkan hingga mendidih.
7. Kemudian masukkan kiub pati ayam kacau dan jika air kurang tambahkan sedikit air.
8. Siap. Bolehlah dihidangkan.

#mingguanwanita #makempalmasakapahariini? #resipi #resipiramadan2025

Buy Now on CodeCanyon