Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelamatkan 750 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara setakat 25 Februari, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.<br /><br />Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.<br />
