Penganggur dituduh bunuh penyanyi sambilan

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di Melaka, pada Jumaat atas tuduhan membunuh rakan sebiliknya yang juga penyanyi sambilan di sebuah rumah pada Februari lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Hong Yew Peng, 54, yang berasal dari Kedah berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mendatangkan kematian terhadap seorang wanita, Ling Lu Cheng, 52.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716393/berita/semasa/penganggur-didakwa-bunuh-penyanyi-sambilan

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah