Malaysia perlu memberi tumpuan kepada usaha pembangunan pemimpin kecerdasan buatan (AI) tempatan dalam industri semikonduktor serta mewujudkan ekosistem AI yang kukuh di peringkat domestik.<br /><br />Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, penerapan AI bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan operasi pemain industri semikonduktor, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam sektor berkenaan.