Pelawak Along Cham tiba di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor, sekitar pukul 10:20 pagi pada Isnin bagi meneruskan proses pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.<br /><br />Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin, terdapat satu pendedahan mengenai pelanggaran taklik, namun dia enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu membuka aib rumah tangga kepada umum.
