Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok stesen radio berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (selepas pindaan
berkuat kuasa 11 Februari 2025), setelah pihaknya mendapat izin daripada Jabatan Peguam Negara.

Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/717070/berita/semasa/pengendali-stesen-radio-era-fm-dikompaun-rm250000

#SinaraHarian #BeritaSemasa #EraFm #Kompaun #SensitivitiAgama