Surprise Me!

Mak Empal Buka Apa Hari Ini? - TELUR MATA CILI PADI MENYENTAP

2025-03-13 15 Dailymotion

Telur Mata Cili Padi Menyentap lauk ringkas sahaja tapi boleh membuatkan makan nasi bertambah tau! Ditambah pula sewaktu berbuka makan dengan nasi panas, fuhh memang sedap sampai menjilat jari.
Keenakan menu ini ditambah dengan proses penyediaan yang mudah kerja mak-mak jadi senang. Balik saja kerja letak beg dah boleh terus masuk dapur, asalkan air tangan mak-mak walau ringkas tapi berebut anak-anak makan.
Mari cuba memasak Telur Mata Cili Padi menggunakan resipi yang Mak Empal Masak Apa Hari Ini? kongsikan.
Bahan-Bahan :
5 biji telur
10 biji cili padi
5 biji cili merah
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Daun limau
1 biji tomato
Cara Memasak :
1.Telur digoreng terlebih dahulu.
2. Kisar kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih kemudian tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Selepas cili garing masukkan serai yang telah diketuk bersama daun limau.
4. Biarkan sambal menjadi garing kemudian letakkan telur mata ke dalam kuali gaulkan.
5. Hidangkan di atas pinggan bersama tomato yang telah dihiris. Sedia untuk dimaju buat keluarga tersayang.

Buy Now on CodeCanyon