Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi ejen dipercayai menerima rasuah bagi mendapatkan nombor giliran untuk mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah.<br /><br />Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Mac dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
