Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum berkaitan prestasi ekonomi negara khususnya laporan tahunan terkini oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang menunjukkan ekonomi negara terus berkembang pesat.<br /><br />Anwar berkata pada tahun 2024 pertumbuhan KDNK mencapai 5.1 peratus meningkat daripada 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.<br /><br />"Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap hala tuju dasar negara, nilai pasaran modal juga mencatat rekod baharu mencecah RM4.2 trilion," katanya.