Program World #QuranHour 2025 mengangkat tema 'Saving the Ummah' bagi menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama ALLAH SWT, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Syazrina Muhamad Tahir.

Program yang diadakan serentak di seluruh negara itu mengangkat Surah al-Saff sebagai surah utama yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Islam.

Pengunjung, Nur Khumaira Roshizad, 26, berkata, program itu sangat bagus kerana lebih ramai dapat memartabatkan ayat al-Quran dalam hidup terutamanya dalam kalangan pelajar.

Jelasnya, tahun ini adalah kali kedua dia menyertai program berinteraksi dengan al-Quran berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #worldquranhour #QuranHour