Program JanaVeteran dilancarkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menceburi bidang pertanian menerusi tanaman halia dan cili fertigasi serta usahawan tani veteran. <br /><br />Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif ini membuka peluang buat veteran ATM menjana pendapatan dalam bidang keusahawanan tani dan menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara.
