Kampung Bandar yang terletak 18 kilometer dari pekan kecil Kampung Gajah, Perak dianggap kampung paling sunyi berikutan mempunyai 10 penduduk sahaja, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Dikenali sebagai Bandor dalam loghat tempatan, kampung itu pernah menjadi sebahagian daripada sejarah pemerintahan Sultan Perak dan penempatan paling sibuk pada abad ke-18.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Bandar, Azman Basir berkata, penduduk beransur-ansur berpindah sejak awal tahun 90-an apabila kampungnya itu sering ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

Muzik: Color Beams dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kampungsunyi #kampungbandar #perak