Lebih 13 ribu rakyat Bumi Kenyalang hadir beramah mesra meraikan 1 Syawal di Majlis Rumah Terbuka Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Isnin.<br /><br />Bagi mereka yang menjadikan ini sebagai tradisi tahunan, acara ini menjadi lokasi terbaik untuk berkenalan serta merapatkan hubungan masyarakat majmuk di Bumi Kenyalang.<br />
