Surprise Me!

Warga bandar raya lega aliran trafik lancar ke Johor Bahru

2025-04-06 18,520 Dailymotion

Biarpun pulang pada saat akhir setelah bercuti selama seminggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung, namun rata-rata warga bandar raya Johor Bahru lega kerana tidak perlu menempuh kesesakan lalu lintas di lebuh raya, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian di Plaza Tol Skudai (arah Selatan), mendapati warga bandaraya Johor Bahru mengakui aliran trafik berjalan lancar di sepanjang perjalanan mereka biarpun berlaku pertambahan kenderaan di lebuh raya.

Malah, ada yang menyifatkan cuaca yang baik juga sebagai antara faktor yang membantu kelancaran lalu lintas di lebuh raya.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #Aidilfitri

Buy Now on CodeCanyon