"Saya tak rasa dia tak sengaja nak mengguriskan hati... tapi saya dah maafkan. Jadi tutup kes..."

Sebelum ini tular insiden membabitkan pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mengungkap pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi. Dalam temu bual bersama SinarPlus, isteri kesayangan Aidil Aziz itu mengakui segalanya sudah selesai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis ‘gender reveal’ anak kedua Elisya Sandha yang diadakan di Geo Resort & Hotel, Genting Higlands
#fashasandha #pramugari #pelakon
#selebritimalaysia #Artismalaysia #SinarPlus #lifestylesinarharian