Tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan memasuki premis Menara Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu dibuat selepas syarikat pengendali lama enggan mengosongkan premis walaupun konsesi mereka telah tamat pada 31 Mac lalu.<br /><br />Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, berikutan keengganan syarikat lama mengundurkan diri, tindakan undang-undang terpaksa diambil kerana syarikat baharu sepatutnya mengambil alih operasi pada 1 April.<br />