Bunga ganja bernilai RM3.6 juta diisytihar pakaian, barang permainan

Tindakan licik dengan mengisytiharkan 36.091 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM3.6 juta sebagai buku, pakaian dan alatan permainan terbongkar dalam operasi di Pusat Mel dan Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 2 April lalu.

Pemeriksaan sebelum itu dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit I Kuala Lumpur mendapati terdapat beberapa butiran mencurigakan pada bungkusan mengandungi bunga ganja berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723595/berita/semasa/bunga-ganja-bernilai-rm36-juta-diisytihar-pakaian-barang-permainan

#SinarHarian #BeritaSemasa #bungaganja #JKDM