'Saya tertekan tinggal bawah bumbung tidak selamat’ – Zahnita

“Saya akan terus tertekan jika terus tinggal di bawah satu bumbung yang tidak selamat.”

Demikian kata bekas model dan pelakon, Zahnita yang nekad meneruskan penceraian dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, susulan kemelut rumah tangga yang tidak berpenghujung, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.

Zahnita atau nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, berkata, keputusan tersebut diambil demi kebajikan anak-anak selain menjaga kestabilan kesihatan mental dirinya yang semakin terjejas.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723640/berita/semasa/saya-tertekan-tinggal-bawah-bumbung-tidak-selamat-ndash-zahnita

SinarHarian #BeritaSemasa #Zahnita #AbdulZackery #mahkamah