PELAKON Nabila Huda tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapanya iaitu penyanyi Datuk Amy Search.<br /><br />Nabila atau mesra disapa Abil, 41, menjelaskan orang ramai salah faham dan membuat andaian sendiri mengenai hubungan mereka yang dilihat sentiasa dingin.<br /><br />Dalam pada itu, Nabila meluahkan rasa jijik apabila nama ibu tirinya iaitu Nourish Hassan disebut-sebut ada kaitan dengan konflik yang berlaku.