Surprise Me!

Pemandu Lori Baring Atas Jalan Alami Kemurungan

2025-05-04 67,468 Dailymotion

Kemurungan selepas kematian isteri disyaki menjadi punca seorang pemandu lori memberhentikan kenderaan lalu meniarap di tengah jalan raya dekat Jalan Parit Bilal, Batu Pahat, Johor.<br /><br />Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung seorang lelaki dilihat mundar-mandir atas jalan pada jam 1.20 tengah hari, Rabu lalu. <br /><br />Menurutnya, hasil siasatan dan dokumentasi mendapati lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai sedang mengalami kemurungan kerana tekanan perasaan berlarutan akibat kehilangan isteri.

Buy Now on CodeCanyon