Penerbangan dari dan ke India dikesan mengelak ruang udara Pakistan bermula lewat malam Selasa hingga awal pagi Rabu, susulan ketegangan memuncak antara dua negara bersenjata nuklear itu. India dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu ke tiga lokasi di Pakistan dan wilayah Kashmir, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut. Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan perang yang terang-terangan” dan mendakwa menembak jatuh lima pesawat India — dakwaan yang belum disahkan oleh India. Beberapa syarikat penerbangan termasuk IndiGo, Air India dan Qatar Airways turut membatalkan penerbangan ekoran penutupan ruang udara dan lapangan terbang.
