Surprise Me!

Pakistan tembak jatuh 5 jet India, serang balas bermula

2025-05-07 639 Dailymotion

Tentera Pakistan melancarkan serangan balas ke atas India dengan menembak jatuh lima jet pejuang milik Tentera Udara India (IAF), termasuk tiga Rafale, satu Su-30MKI dan satu MIG-29 Fulcrum, serta memusnahkan ibu pejabat briged India.<br /><br />Serangan balas ini berlaku selepas India melancarkan 24 serangan peluru berpandu ke atas enam kawasan termasuk di Punjab dan Azad Kashmir, yang mengorbankan lapan rakyat Pakistan dan mencederakan 35 yang lain.<br /><br />Ketegangan ini berlaku susulan serangan di Pahalgam, IIOJK, yang mengorbankan 26 pelancong. Kementerian Pertahanan Pakistan menyifatkan tindakan India sebagai serangan kejam terhadap orang awam, sementara Pakistan menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan negara dengan sepenuh kekuatan. #AWANInews

Buy Now on CodeCanyon