Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat, dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.<br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.<br />
