Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran sebuah kedai tomyam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat.<br /><br />Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 2.05 petang berhubung penemuan objek seakan-akan mayat bayi. <br />