Industri pelancongan Thailand mencatatkan prestasi suram dalam empat bulan pertama tahun ini apabila jumlah pelancong antarabangsa menyusut sebanyak 0.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.<br /><br />Penurunan kecil itu menimbulkan kebimbangan terhadap usaha pemulihan sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi negara Gajah Putih itu selepas pandemik COVID-19.<br />
