Dalam Fokus Minggu Depan minggu ini, Hisomuddin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, mengupas kedudukan semasa parti-parti utama dalam Kerajaan MADANI. Adakah parti peneraju benar-benar telah menyelesaikan cabaran dalaman dan mampu mengukuhkan pentadbiran negara? Atau masih wujud krisis keyakinan dan ketidaktentuan hala tuju yang boleh menggugat kestabilan? Ikuti analisis mendalam berasaskan data dan sentimen akar umbi oleh seorang penganalisis politik yang berpengalaman.
