‘Arwah rebah depan saya seminit lagi nak azan Subuh’

“Selepas minum air zamzam, arwah minta kami berempat rakam gambar sebagai kenang-kenangan. Ketika melakukan pusingan kelima tawaf sunat, arwah tiba-tiba rebah di depan mata saya.”

Demikian kata rakan sebilik kepada jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci pada pagi Isnin waktu tempatan akibat serangan jantung, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729436/berita/nasional/arwah-rebah-depan-saya-seminit-lagi-nak-azan-subuh

Muzik: Introspection dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #jemaahhaji #Makkah #meninggaldunia