Kes simbah asid: Pekerja kilang direman lima hari

Seorang pekerja kilang getah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid melibatkan seorang pengusaha spa di Beris Kubur Besar, Tawang, Bachok pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Perintah reman yang bermula pada Khamis hingga Isnin depan dikeluarkan kepada wanita berusia 38 tahun tersebut oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/729891/berita/semasa/pekerja-kilang-direman-bantu-siasatan-kes-simbah-asid-pengusaha-spa

#SinarHarian #BeritaSemasa #kessimbahesid #reman #mahkamah