'Perpecahan berlaku jika tiada usaha berdamai selepas pemilihan' - Adam Adli

Perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berlaku sekiranya semua pihak berusaha untuk berdamai selepas pemilihan kepimpinan baharu parti kelak, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, berdasarkan pengalamannya dalam musim pemilihan sebelum ini, beliau yakin PKR mampu mengharungi proses tersebut dengan matang tanpa menjejaskan kestabilan parti.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730129/berita/politik/perpecahan-berlaku-jika-tiada-usaha-berdamai-selepas-pemilihan---adam-adli

#SinarHarian #BeritaSemasa #PKR #AMK #AdamAdli #PemilihanPKR #KongresPKR