Jemaah haji diminta tidak menggunakan aplikasi chat GPT atau carian Google jika ingin mendapatkan jawapan mengenai kemusykilan berkaitan hukum-hakam serta perjalanan haji untuk memastikan ibadah itu diterima, lapor wartawan Sinar Harian, Nur Farhana Abdul Manan.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas), Salmah Sheikh Hassan berkata, sebaliknya jemaah boleh bertanya secara langsung kepada pembimbing ibadat haji atau melalui aplikasi e-Taib (Talian Ibadat) yang boleh diakses terus menerusi platform TH Hujjaj.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730256/berita/nasional/rujuk-e-taib-bukan-chatgpt-atau-google-soal-hukum-ibadah-haji

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #Haji2025