Hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun dijatuhkan sebuah mahkamah Perancis terhadap tujuh individu yang terlibat dalam rompakan bersenjata ke atas Kim Kardashian pada 2016, manakala seorang lagi dikenakan denda.<br /><br />Kumpulan yang digelar “Grandpa Robbers” ini dibicarakan atas pelbagai pertuduhan termasuk pemalsuan dokumen dan pengurungan tidak sah.