Seorang pembantu restoran warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth selepas mengaku bersalah atas tuduhan merasuah seorang anggota polis bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang kerana menunggang motosikal tanpa memiliki lesen yang sah pada Khamis lalu, lapor wartawan Sinar Harian Mohd Iskandar Othman.

Tertuduh, Han Tun, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/730791/berita/semasa/warga-myanmar-didenda-rm5000-cuba-rasuah-polis-rm95

#SinarHarian #BeritaSemasa #MahkamahSesyen #Butterworth #Rasuah