Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah melakar sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP pada Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, baru-baru ini.

Menerusi penghargaan itu, Dayang mengakui berasa terkejut, namun bersyukur atas pengiktirafan yang diterima di tanah kelahirannya sendiri.

#MHnews
#MediaHiburan