Pelakon, Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan dia bakal kembali rujuk dengan bekas suami, Nedim Nazri, 42.

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 43, spekulasi tersebut mungkin timbul disebabkan keakraban antara mereka yang masih terjalin baik meskipun sudah tidak bergelar suami isteri.

Tidak mahu terlalu terkejar-kejar dalam hal berkaitan dengan jodoh, Nora bagaimanapun mendoakan yang terbaik dalam segala hal.

#MHnews #MediaHiburan