Selepas enam bulan mencemaskan penduduk dan memakan ternakan, seekor harimau jantan seberat 90 kilogram akhirnya berjaya ditangkap dalam operasi khas di Kampung Perlop 1, Sungai Siput, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Haiwan pemangsa berusia 1 tahun 10 bulan itu masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, kira-kira 700 meter dari kawasan penempatan penduduk sekitar jam 4 pagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/731246/edisi/perak/harimau-jantan-masuk-perangkap-selepas-enam-bulan-mengganas

#SinarHarian #BeritaSemasa #harimau #perhilitan #sungaisiput