Surprise Me!

SilTerra buat pendapatan DNex melonjak RM1.2 bilion

2025-06-01 1,867 Dailymotion

KEPUTUSAN strategik Dagang NeXchange Berhad (DNeX) mengambil alih SilTerra daripada Khazanah Nasional pada tahun 2021 terbukti satu langkah tepat.

Bermula dari detik penting itu, DNeX yang dahulunya sebuah syarikat dengan fokus utama hanya kepada sektor teknologi maklumat kini mengorak langkah berani memposisi syarikat sebagai peneraju sektor semikonduktor dunia.

Berkisah dari awal perjalanan syarikat itu, sebelum mengambil alih SilTerra Malaysia Sdn Bhd, Dnex pada asasnya terkenal menjalankan projek berkaitan teknologi maklumat untuk ekosistem kerajaan dan swasta.

Pendapatan tahunan DNeX sekitar RM300 juta sahaja, namun selepas pengambilalihan SilTerra, hasil DNeX melonjak kepada sekitar RM1.2 bilion, iaitu hampir empat kali ganda.

Bersama selami aspirasi masa depan, cabaran dan perjalanan DNeX dalam wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Buy Now on CodeCanyon