Individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.<br /><br />Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan berhubung dengan Tan Sri terbabit untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.<br />
