Rakaman video telah menunjukkan detik seorang wartawan Australia terkena peluru getah pada Ahad ketika membuat liputan langsung semasa tunjuk perasaan di Los Angeles.

Wartawan 9News, Lauren Tomasi, baru sahaja menyampaikan laporan secara langsung kepada penonton di Australia apabila seorang pegawai polis bersenjata di belakangnya menembaknya dengan peluru getah.

“Lauren dan jurukameranya berada dalam keadaan selamat dan akan meneruskan kerja penting mereka melaporkan peristiwa ini,” kata Nine dalam satu kenyataan.
#AWANInews