Muhyiddin berjaya pindah tujuh kes ke Mahkamah Tinggi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya dalam permohonannya untuk memindahkan empat kes salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan RM200 juta ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Isnin.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan itu selepas mendapati ia memenuhi ambang yang ditetapkan untuk dipindahkan dan dibicarakan di bawah Seksyen 417(1)(b) Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Beliau berkata, tiga persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selaku pemohon merupakan isu yang bersifat luar biasa sukar.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734022/berita/semasa/muhyiddin-berjaya-pindah-tujuh-kes-ke-mahkamah-tinggi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #MuhyiddinYassin #Bersatu #KarnivalSiangMalam