Energy Asia 2025 menekankan bahawa peralihan tenaga di Asia tidak akan berjaya jika negara dan sektor terus bertindak secara berasingan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS merangkap Pengerusi Energy Asia, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, menegaskan bahawa penyertaan rentas sektor dan kerjasama luar biasa adalah kritikal untuk mencapai matlamat tenaga rendah karbon atau sifar karbon di rantau ini.