Surprise Me!

Dadah RM10.8 juta dirampas di sempadan Malaysia–Thailand

2025-06-19 10,551 Dailymotion

Tindakan pantas polis berjaya melumpuhkan sindiket pemprosesan dan penyeludupan dadah yang dipercayai beroperasi merentasi sempadan Malaysia - Thailand, sekali gus merampas heroin base dan serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) bernilai RM10.8 juta, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Operasi khas tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand, JSJN Pulau Pinang, Kedah dan Sekretariat Narkotik Nukleus (SNN) Kedah-Perlis yang melakukan rampasan terbesar dadah di utara bagi tahun 2025 setakat ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734543/berita/semasa/dadah-rm108-juta-dirampas-di-sempadan-malaysiandashthailand

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #Dadah #PDRM #Narkotik #Thailand

Buy Now on CodeCanyon