Makanan rakyat marhaen tidak dikenakan cukai SST

Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini sebenarnya hanya melibatkan penambahan sekitar 20 peratus sahaja daripada keseluruhan 6,297 barangan dan perkhidmatan yang telah pun dikenakan cukai sebelum ini.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican langkah itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna apabila ada yang menyangka ia satu bentuk cukai baharu yang dikenakan secara menyeluruh.

Sedangkan hakikatnya jelas beliau, banyak barangan dan perkhidmatan ada dalam senarai asal dan sudah lama dikenakan SST, namun tidak disedari pengguna kerana ditanggung di peringkat pengilang atau pembekal.

Ikuti wawancara eksklusif Datuk Johan Mahmood Merican bagi memperincikan maksud sebenar peluasan SST, menjawab kekeliruan awam serta menjelaskan rasional disebalik langkah tersebut dalam konteks pemerkasaan dasar fiskal negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734648/berita/wawancara/makanan-rakyat-marhaen-tidak-dikenakan-cukai-sst

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #cukai #SST #MOF